Monday, 11 January 2016

Kecewa dengan diri sendiri....

Bosan dengan diri sendiri..ada je yang tak kena..tak taw kenapa..mood yang slalu tak stabil,dengan perangai yang macam-macam,itu tak kena ni tak kena..hmm sedih..boleh ke orang layan prangai aku ni..boleh ke diorg tahan..hmm..kecewa dengan diri sendiri..sedih nyaaa...😢😔😖

Thursday, 7 January 2016

Tik..tok..tikk..tokkk

Hahahaha..benda senang pon jadi payah..padahal..letak jelah nama tuu..dh bg hint 99% dah..tu pon tak dapat g..bahahaaa...kesian kamu..tapi wat apa je nak baca blog yang dah bosan ni..err..dah takda dah cita dulu dulu nuhhh..cita pasai kamu ja pazni..bila dah ada stalker ni malaz nak tuliz dah..kita copy paste ayat orang len ja..huhuhuhuhu...




hAti dan pErAsAan



Hati bila sakit..
Mampu membuatkan kita berfikir bukan bukan
Hati bila sakit.. 
Mampu menghilangkan kepercayaan
Hati bila sakit..
Mampu mengeruhkan hubungan
Hati bila sakit..
Mampu menghilangkan senyuman
Hati bila sakit..
Mampu menghilangkan keikhlasan

DAN,

kadang kadang hati terasa sangat kosong
kadang kadang terasa semua benda seperti tidak kena
kadang kadang hati rasa tidak keruan
kadang kadang diri sendiri tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam hati
kadang kadang diri sendiri keliru konflik apa yang berlaku dalam diri

kadang kadang diri terasa sangat lemah
kadang kadang diri terasa sangat kuat
kadang kadang diri terasa terlalu gembira
kadang kadang diri terasa sedih yang teramat
kadang kadang diri terasa disayangi
kadang kadang diri terasa sendiri

kadang kadang kita mudah menafsir apa yang berlaku
kadang kadang terlalu sukar untuk kita memahami apa yang berada di depan mata
kadang kadang kita terlalu peka terhadap perasaan orang
kadang kadang kita hidup dalam dunia sendiri
kadang kadang kita terlalu mengharapkan pengharagaan manusia
kadang kadang kita lemas dengan ekspektasi manusia terhadap diri kita

kadang kadang kita perlukan orang untuk menegur kita
kadang kadang kita terlalu mudah terasa dengan teguran mereka
kadang kadang kita ingin sangat tahu akan kebenaran
kadang kadang kita rasa lebih baik kita tidak tahu
kadang kadang kita rasa kita sangat perlukan mereka
kadang kadang kita rasa kita cuma perlu ruang untuk diri sendiri

kadang kadang kita rasa kita kenal diri kita
tapi ada masanya kita seolah-olah asing dalam diri kita sendiri...


Hey perEMpuAn..

Fakta ke auta....Krik.....krikkkk..krikkkkkk..

1. Perempuan adalah makhluk yang paling sensitif bila diorang tengah datang bulan. Ni kita panggil sindrom datang bulan (PMS). *amaran: jangan pernah buat kami marah masa ni..

2. Perempuan paling suka berborak. Jadilah pendengar yang setia.

3. Perempuan suka ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Jadi tak hairan lah kalau dalam tandas pun mereka nak bergambar..hihihi..

4. Perempuan kalau memuji perempuan lain memang tak akan habis..
Gadis A : Comel la awak ni
Gadis B : Tak lah awak lagi lah cantik dari tittew *ala2 manja
Gadis A : Yeke thanx, tapi kita rasa awak pakai apa pun nampak sweet dear..
Gadis B : You more sweet la syg..

See kami memang begini..hihihii...

5. Perempuan paling suka makan. Lepas tu mulalah bising berat dah naik.. *diet

6. Bila buah hati mereka tak balas mesej dalam tempoh yang lama, 3 perkara yang berada di fikiran mereka samada mereka rasa bf mengabaikan mereka, bf marahkan mereka atau bf rasa mereka menjengkelkan atau menganggu.

7. Perempuan sukakan pujian, lebih2 lagi dari seseorang yang mereka sukai.

8. Bila perempuan marah mereka bukan sengaja nak marah tapi sebab mereka sayang dan ambil berat..

9. Perempuan yang paling garang sebelum kahwin adalah isteri yang paling manja.

10. Bila seseorang perempuan jatuh hati, mereka akan mengatakan kenapa mereka tak berjumpa dengan orang itu lebih awal.

11. Perempuan sukakan lelaki yang bersikap melindungi, tapi jangan terlalu melindungi sampai mengongkong pula..

12. Perempuan tak kan pernah dapat mencari perkara negatif pasal seseorang yang mereka sukai setelah mereka jatuh cinta.

13. Bila perempuan benci kan seseorang jangan terkejut bila bestfriend mereka pun ikut sama benci dekat orang tu.

14. Perempuan bila melayan bestfriend mereka kalah pasangan bercinta, sampai orang lain pun boleh jealous dengan kemesraan mereka.

15. Bila sedih, perempuan suka dipeluk sebab mereka rasa selamat.

16. Kadang-kadang perempuan suka bagi petunjuk dekat seseorang yang mereka sayang tentang apa yang mereka suka *tetapi tulah lelaki ni tak faham bahasa isyarat.
gf : Awak tau tak saya suka dekat teddy bear (sambil pandang dekat teddy bear dekat kedai)
bf : biasa je..
gf : comel :) *dalam hati ( saya nak suruh awak belikan teddy tu lah!!! :') )


17. Walaupun mempunyai kawan lelaki dan peminat yang ramai tapi dalam masa yang sama dalam fikiran diorang hanya ada seseorang yang mereka sayang sahaja.

18. Bila perempuan mula cemburu mereka boleh jadi detective yang paling berjaya tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh sampai lubang cacing pun mereka selidik.

19. Perempuan suka banyak berfikir dan suka buat kesimpulan yang bukan2 tentang buah hati mereka.
Tapi sebenarnya apa yang mereka fikirkan tu tak berlaku pun..Risau tak sudah.

20. Walaupun dah banyak baju tapi tetap mengatakan tiada baju untuk dipakai.

21. Perempuan akan berasa cemburu bila ternampak kekasih mereka dengan perempuan lain walaupun sekadar kawan.

22. Jangan tipu kami kerana kami akan selalu dapat tahu.. :)

23.Walaupun bersedih perempuan tetap akan tersenyum. Mereka akan nangis secara senyap dan boleh berpura-pura ceria semula di hadapan orang.

24. Air mata adalah senjata wanita.

25. Bila perempuan senyap secara tiba2 maka hairan lah sebab ada sesuatu yang berlaku disitu.

26. Jangan lupakan tarikh lahir seseorang perempuan sebab perempuan sentiasa menunggu si dia wish happy birthday walaupun tiada hadiah..cukup sekadar mengingat untuk menunjukkan mereka dihargai si dia.

27. Perempuan dapat mengingat walaupun perkara kecil jika dibandingkan lelaki. Sebab tulah bila lelaki mungkir janji mereka akan ingat sampai bila2.

28. Kalau perempuan selalu menghubungi awak tu sebab mereka tak nak lost contact dari awak.

29. Walaupun busy mana tolonglah luangkan sedikit masa untuk perempuan sebab mereka ni agak mudah berkecil hati. Pasti akan ada perasaan sedih.

30. Bila seseorang perempuan sudah meninggalkan seseorang lelaki ni, takkan ada peluang kedua buat si lelaki tu,Mungkin ada lagi perasaan sayang tapi lebih banyak perasaan benci kerana disakiti.

(Just copy paste ja..ada yang kena mengena..ada jugak yang tak kena mengena..hahaha..pompuan ni susah tui kan nak paham..kejap oke..kejap tak oke..apa laa yang pompuan nak kannn..hahaha..kesian kat laki yang selalu kena tempias..huhuhu)

dEbAran kiAn tErAsa

Fuhhhhhhh..dekat sangat dah tuu..kalau di gabungkan(buang jarak) kat nama tu jumpa laa nanti..sikit jee lagi tu..hahahaha..chayokkkk!!..tapi blog ni semua dah di tapis..maap lahh..awak lambat sangattt..(gegeh)... hahahaha..aishh..aishh..aishhh....

Wednesday, 6 January 2016

Pabila si dia MERAJUKKK....




Awek merajuk??? Aiyoo....macam mana nak pujuk ni....?

okey..first kite tengok dulu contoh ayat perempuan merajuk...

situasi 1 : Normal

BF : Hye sayangg...watpe tu...dah makan?
GF : Hye too...duk ingat kat buah ati..hihi...makan dah takdi..baru jer...awk dah makan?
BF : belum.
GF : nape tak makan..x lapar ker?
BF : malas nak kuar..makan air cicah sekut jah
GF : ala siannye..

situasi 2 : tidak normal

BF : Hye sayangg...
GF : Hye
BF : watpe tu?
GF : xde pape.
BF : dah makan.
GF : dah
BF : makan ape?
GF : nasik.


untuk siapa-siapa yang berada di situasi nombor dua tu... korang kena hati-hati la ek...tu maknanya si dia sedang merajuk..ataupun sedang terasa hati dengan korang...sebab orang perempuan yang merajuk biasanya akan malas melayan...dan lagi satu, kalau dia sedang merajuk, tapi masih melayan ..itu maknanya..dia masih sayangkan korang...haha [boleh caye ker..?] itu bergantung la.. pada tahap keromantikkan dan kekiyutan anda melayan mereka...ok guys..?

tapi kebiasaannya orang lelaki ni bukannya sedar pun bila awek-awek diorang ni merajuk...sedar-sedar jer dah merajuk..hmm...betul tak guys? ..so, meh sini nak bagi tip macam mana nak pujuk awek anda..

first..korang kena tahu punca diorang merajuk dulu..tapi persoalannya..macam mana nak tahu? orang laki normal biasa akan tanya terus la kat awek diorang kan...tapi ada yang buat 'derk' jer..huhu...[kesian awek korang..]

okey..perempuan ni ada banyak jenis sebenarnya...dan kata ahli psykologi, orang lelaki takkan mampu mengenali perempuan..sebab ada 1001 perangai yang pelik-pelik dan susah untuk difahami dalam diri seorang perempuan...dalam kepala dia tu...ada macam-macam perkara yang orang laki takkan mampu faham...ye dok? ala...orang perempuan sebenarnya saja nak gediks jer...haha


1 : Perempuan yang suka berterus terang..

Kalau dapat awek yang suka berterus terang ni...serius nk bagitau..hati-hati ok...sebab perempuan yang suka berterus terang ni biasanya ade 'angin' sikit...kalau tak dapat maki hamun..atau sumpah seranah tu...dah kira orait...dan..alhamdulillah la tu...jadi korang akan tahu punca dia merajuk dalam ayat maki hamun tu la..he..so masa dia tengah 'angin' tu..try kutip isi-isi penting dalam tu...biasanya hal-hal yang berlaku tahun lepas pun akan timbul jugak...tu pun kalau korang ingat la kaann...

faham ke tak ni? kalau nak faham kena rasa sendiri la..hehe..ade berani?..tapi ade jer yang jenis berterus terang.. dalam keadaan bersopan santun...macam saya..[perasan!..he] biasanya kalau perempuan tu berterus terang bagitau sebab dia merajuk atau terasa hati tu dalam keadaan tenang...itu adalah kerana dia sayangkan perhubungan korang..dan dia mahu korang berubah... supaya korang tidak akan mengulangi lagi perbuatan itu terhadap dirinya..

2 : Perempuan yang suka memendam perasaan..

Biasa kategori yang suka memendam perasaan ni..jenis yang pendiam..mcm saya jgk..haha..nak tau kenapa ada perempuan suka pendam? sebab dia rasa...benda tu kecik jer..tapi dia yang terlebih emosi..jadi dia suka pujuk hati sendiri...nanti dia dah berjaya pujuk hati sendiri..dia akan okey dengan sendirinya...tapi ambil masa sikit la...dan dalam masa dia sedang memujuk diri sendiri tu..macam-macam perasaan akan datang kat dia..antaranya..dia rasa orang tu dah tak sayang dia la..dia rasa orang tu dah tak suka dia la...dia rasa orang tu cuma mempermainkan dia la...yang negatif semua muncul..dan yang terakhir..dia akan menangis sorang-sorang dalam gelap..lepas menangis tu, okey la...

biasanya nak pujuk perempuan yang suka pendam perasaan sorang-sorang ni senang jer...walaupun korang tak tahu ape salah korang kat dia...bila nampak dia dah macam pelik jer layan korang...mintak maaf jer terus...contoh ayat power yang boleh buat si dia tersentuh.."saya mintak maaf sangat-sangat kalau saya ada buat awak terasa hati.." cakap jer macam tu..tapi kena ikhlas la...dan percaya atau tidak, orang perempuan boleh rasa ayat tu ikhlas ataupun tak..hehe..macam mana kitorang orang perempuan ni boleh rasa? haa..ni nak bagitahu satu rahsia..ayat yang ikhlas keluar dari hati...biasanya akan menusup masuk ke hati jugak...faham?

Kenapa perempuan merajuk?

Ala...perempuan...biasa la..kalau tak merajuk tu bukan perempuan namanya...haha...tapi kalau nak orang perempuan yang tak suka merajuk, pergi la ngorat perempuan jaguh bina badan kat gym tu...sape suruh ngorat perempuan yang ayu ala-ala perempuan melayu terakhir ni...kan dah tension kena pujuk..huhu.

Tapi orang laki kena ingat...bukan saja-saja orang perempuan nak merajuk..mesti ada salah korang kat mana-mana ni..sebab perempuan ni..Allah cipta hati dia sangat sangat saaangaaat sensitif..benda kecik pun boleh merajuk, apetah lagi benda besar..kata ustaz azhar idrus..orang perempuan ni sama la macam budak-budak..hmm..yang tu saya setuju...jadi cuba cek balik..meseg-meseg atau perbualan yang lepas-lepas tu...bila dia start jadi pelik macam tu...contohnya..masa tengah gurau macam biasa..tiba-tiba senyap atau cara balas meseg tu bunyi lain macam..ha, kat situ la sebab dia merajuk..kebiasaannya la..sebab orang perempuan nak cakap dia terasa..dia malu..jadi dia buat perangai pelik-pelik la...so, kena faham la..kalau tak faham jugak..memang itu satu petanda..korang nak dapat awek baru la tu...

antara sebab perempuan yang sangat sensitif merajuk,
1. lelaki tu layan dia acuh tak acuh..macam tak nak layan jer..tak macam dulu..masa mula-mula mengorat tu...dulu, meseg sampai kul 2 pagi pun takpe..sekarang, baru meseg kejap dah ngantuk la..ada keje la..orang perempuan paling tak suka kalau laki tu hantar ayat macam ni sebagai ending perbualan..."ade keje ni"...atau..."ngantuk ni, nite"..haa...siap la korang kalau hantar meseg macam tu...kalau dapat yang sporting takpe la..tapi kalau dapat yang sensitif..macam den ni...jenuh la nk pujuk...lain kali tulis la macam ni.."awak, saya mintak maaf sgt2..bukan taknak meseg..tapi saya betul2 ada kerja ni..nanti dah siap kerja, kita meseg ek.." ..kalau nak tido pulak? cakap la macam ni.."ngantuknyer..saya tidur dulu ek..harap dapat jumpa awak dalam mimpi..selamat malam.." ha..kan romentik sikit tu bunyiknyer..hehe..

perempuan cuma nak dengar ayat romentik jer..walaupun ayat tu panjang nak tulis..tapi berbaloi la..untuk orang yang tersayang...panjang sikit jer..tak sampai 100 KM pun kot...tapi kebanyakan orang laki tu..suka perasan sendiri..dia ingat, lepas dah berjaya mengorat..kena stop mengorat sampai situ jer? silap tu...orang perempuan ni..dia suka kena mengorat hari-hari..lepas kawin pun kena ngorat lagi...tak payah guna duit pun...bagi ayat jiwang satu kali satu hari pun dah kire orait dah tu..ayat jiwang macam mana? ai...orang laki kan mulut manis..takkan tu pun nak kena ajar kot...huhu..dulu time nak mengorat pandai sangat...tiba-tiba lepas dah dapat...langsung idea tak datang dah? gitu?


2. Perempuan paling tak suka bila orang lain..apetah lagi kalau lelaki yang dia suka..nak-nak suami dia...komen pasal kulit muka atau bodyshape dia..ada jerawat la..ada jeragat la..hidung kemek la..kulit gelap la..nampak gemuk la...ape orang laki ingat orang perempuan tak tahu sedar diri ke...? kitorang pun tahu la keadaan diri sendiri...tapi jangan la cakap macam tu..walaupun niat nak bergurau...setengah orang perempuan tak boleh terima..jangan terkejut kalau lepas ni korang dengar dia masuk hospital sebab telan 5 botol pil kurus...atau muka dia rosak sebab guna macam-macam product kecantikan..

sebab orang perempuan nak nampak cantik depan orang yang dia sayang...dan akan rasa tersangat rendah diri bila kena kutuk depan-depan macam tu...kalau nak bergurau..ada banyak cara lagi...tak semestinya kena bergurau pasal bentuk fizikal dia kaann...jadi kalau awek atau isteri tanya, dia comel tak? jangan saja-saja bergurau cakap dia tak comel...atau jangan terus cakap comel... sebab bunyi tak ikhlas..tapi kena cakap macam ni.."Ciptaan Allah..semua comel sayangg...terutama yang natural beauty...macam sayang.." pastu senyum2 cikit ala-ala shah rukh khan..[walaupun korang rasa nak muntah dengan ayat sendiri..] kira orait dah tu...haha..sebab dengan satu ayat tu jer..yang dia dengar dari seorang lelaki yang dia sayang...akan membuatkan seorang perempuan tu mensyukuri segala nikmat yang Allah bagi kat dia...walaupun kitorang tau..korang tipu je kaann...kalau korang cakap dia comel? ha..makin suka la dia pakai make-up tebal-tebal tu..sebab dia ingat korang cakap dia comel sebab diorang pakai make-up tebal tu la...

3. Orang perempuan akan kecik hati kalau lelaki tu tak hargai apa yang dia dah buat...kalau dia buat sesuatu untuk korang..atau bagi apa-apa...cakap jelah terima kasih..dengan penuh semangat..walaupun korang tak suka benda tu...orang perempuan takkan menyusahkan diri sendiri buat sesuatu untuk orang yang dia tak sayang....faham? Ada sesetengah perempuan...bila dia start suka kat orang lelaki tu..dia akan start anggap yang laki tu sama macam suami dia...walaupun tak kahwin lagi..sebab tu bahaya bagi orang lelaki saja-saja mengorat nak test power...sebab orang perempuan cepat cair..tapi bila perempuan tu dah bagi hati dia..orang laki pulak..suka buat derk jer..niat tu kena ikhlas..kalau boleh niatkan dalam hati untuk kahwin dengan dia..lagi elok kalau cepatkan majlis pernikahan..bila dah dapat green light dari seorang perempuan tu..jangan nak tunggu lama-lama..tak elok tau..

Kesimpulannya...

Ada orang perempuan yang sangat sensitif yang kadang kala boleh memudaratkan diri dia sendiri...sebelum seorang lelaki tu mengambil keputusan untuk menjadikan seorang perempuan tu sebagai pasangan hidup, perkara utama dia kena selidik dulu perangai dan hati seseorang perempuan tu..bukan senang nak layan kerenah orang perempuan..sebab..makin orang perempuan tu sayang kat seseorang lelaki tu...sikap sensitif dia tu akan makin terserlah...memang letih nak memujuk..tapi percayalah...dia takkan merajuk..kalau dia tiada hati atau perasaan sayang pada anda...

Ha...terakhir sekali sebelum nak stop entry ni..[sebab saya tau..korang dah letih baca ayat merapu ni kan..he..] saya nak bagi satu rahsia antara ayat yang paling power untuk memujuk si dia yang paling anda sayang...tapi yang ni...untuk orang laki yang dah jadi suami jer yang boleh buat...jangan memandai nak test sebelum kawin..bahaya...

kalau si dia merajuk...cuba peluk dia dari belakang..kalau dia senyap jer lepas tu..[maknanya tak mengamuk la kan..] tanya soalan ni sambil bisik kat telinga dia.." sayang abang tak..? " confirm dia cair...kalau dia diam tak jawab tu...tanda setuju la tu..he...sebab walau sekuat mana pun orang perempuan mengamuk atau merajuk...dia takkan sekali-kali jawab yang dia tak sayang korang...tapi...jangan terkejut kalau lepas ni ahli rumah bertambah sorang lagi...kuang-kuang...

tapi kalau dia tak cair jugak...atau die jawab tak sayang...dengan muka bengis tu...tu tandanya...korang bakal dapat bini baru la tu...haha....gurau jer..jangan la marah...nak suruh bini sayang..senang jer..jangan cari lain...full stop. jadi...dapatlah happy ending...happily ever after...forever and ever...


semoga semua pasangan di dunia ni..dapat kebahagiaan bersama di dunia dan akhirat....aamiinn..

(Ayat ayat yang hanya di copy paste bukan dari hati naluri jantung hati sendiri..ada pahammm..saja nak post..suh bacaaaa jaa..takda kena mengena yang hidup yang mati yang apaa apaa ja lahhh)!....

Sunday, 3 January 2016

What you give..you'll get back!!...

Tak taw kenapa..dendam aku tak pernah hilang..aku maafkan tapi aku tak akan melupakan..aku cuba hilangkan,aku cuba buangkan tapi still ada baki-baki tu..apa yang aku rasa dulu,kau pon akan rasa nanti..kejam..memang aku kejam..kau yang buat aku kejam..tak sangka orang yang kita rapat dulu rupanya menjadi musuh kita sekarang..ni lah dunia..😑

When u broke someone's heart..then..u can simply enjoy your life seems like nothing is wrong..yeahh..if you think that you can enjoy your life like this,go ahead..but remember..mereka yang bahagia di atas penderitaan orang lain takkan pernah bahagia selama-lamanya..what goes around comes around..remember?..its the price you have to pay for it..harga sebuah kebahagiaan takkan pernah mampu dibeli dengan melukakan hati orang lain...

And maybe ada orang akan cakap.."yang lepas tuh,dahla..jangan dikenang lagi"..tapi untuk ko nie bukan nak ungkit balik..tapi tah laa..masih ada lagi saki baki tu walaupun dah hampir setahun berlalu..

....what you give, you'll get it back;either it is in a good way or vice versa. Allah is fair,you know?....


Saturday, 2 January 2016

Bukan tak bahagia....

Kadang-kadang bukannya tak bahagia dengan kamu..bahagia je..tapi biasalah kadang-kadang hati ni macam-macam rasa..rasa takut tak dapat jadi yang terbaik untuk kamu..rasa diri ni tak sempurna..macam-macam rasa ada..takut kamu berubah hati..bila hati dah sayang macam-macam perasaan datang..tak ada niat buat kamu kecewa dan terasa dengan perangai aku yang kadang-kadang entah macam apa je lagi ni..ish tah lah..apa masalah lah dengan aku ni kan..ada ja yang tak puas hati kan..kesian kamu..maaflah..aku cuba buang perangai ni eh..

Tapi harini...mood aku betul-betul tak okey..aku cuba selindung..tapi still ko taw eh..nujum apa ko pakai ni..tapi mood kelaut bukan sebab kau pon..sebab lain..sebab rasa susah nak sempurnakan diri ni..fikir macam mana nak bahagiakan orang yang aku sayang..fikir macam mana akan datang..fikir yang kau bahagia ke dengan aku..fikir macam mana nak jadi budak baik..huhuhu....

Banyak fikir lagi bermasalah..tayah fikir pon masalah jugak..so macam mana tu..fikir tak fikir la macam tu..

2016 ni apa ea kita nak create..apa yang best 2016 ni ea..huhuhu..setahun tak lama..tapi masih duduk tempat yang lama..aish..bila nak ada peningkatan ni..huhu..sabar je la..huhu


Hati.......

Siapa yang mengetahui isi hati seseorang?

siapa yang dapat menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang tersenyum apakah dia benar-benar bahagia?

Bila seseorang menangis adakah itu bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?

Hati, tidak ada seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri, kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.

 Apa yang dilihat di luar belum tentu itu mencerminkanapa yang ada di dalam hati.  Bukan bererti perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang sebenarnya kita rasakan saat itu.

Apabila kita bahagia tidak perlu kita memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita hingga membuat kita bersedih.

Begitu juga ketika hati kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.

Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita berserah diri.


“Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung.”



Friday, 1 January 2016

Tertulis lah kisah kita......2016

Permulaan yang baru untuk tahun yang baru..yang lama kita biarkan menjadi sejarah dalam hidup..yang baru kita corakkan dengan lebih sempurna..kisah kita mungkin akan lebih indah dari kisah-kisah sebelum ini....

#Live every moment
#Laugh every day
#Love beyond words

.........every love story is beautiful, but ours is my favorite........