Monday, 14 March 2016

S.a.b.a.r.........

apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka...kita hanya merancang tapi Allah juga merancang dan perancangan-Nya Maha Hebat...walaupun kita tak tahu apa yang tertulis di hadapan..kita terpaksa merasa perit seketika, insyaAllah, satu hari nanti kita akan kembali merasa kemanisan dan kebahagiaan....kita terjatuh berulang-ulang kali..kecewa berkali-kali...sedih menimpa-nimpa...tapi ingatlah itu semua diturunkan untuk menjadikan kita semakin kuat dan semakin hebat...kadang-kadang kita rasa kita dah hampir dengan kebahagiaan tu tapi tetiba je ia direntap kembali...bersabarlah kerana kita tidak mengetahui perancangan Allah..kita tak tahu masa depan kita...yakin dengan apa pun takdir yang Allah tulis meskipun itu bukan kehendak kita....

Saturday, 12 March 2016

tAk sElAmaNya dibAwaH.....

Ujian adalah tarbiah dari Allah..apakah kita akan bersabar ataupun sebaliknya...kesenangan yang datang selepas kesusahan,semuanya adalah nikmat dariNya....

If you feel that you're very down,just close your eyes and say "this is my journey,He puts me here,it's his plan,so i have just to carry on and trust him"......



:-setiap orang pasti akan di uji cuma cara setiap orang di uji saja yang berbeza.......😃

Saturday, 5 March 2016

Orang Perempuan....

Orang perempuan, kalau bergaduh dengan orang dia sayang, semua kerja tak jadi. Badmood seharian. Menangis la. Rasa nak demam la. Rasa sakit kepala la. Macam-macam perkara negatif la. Semua benda yang dia nak buat semua tak jadi...

Orang perempuan tak suka kena marah. Tak suka orang garang-garang dengan dia. Tak suka kena tengking. Tak suka diabaikan. Orang perempuan sangat suka bila ada orang ambil berat tentang dia.

Orang perempuan susah nak dengar cakap kalau orang nasihat dia sindir-sindir atau tegur kasar-kasar dengan dia. Bagi dia, cukup cakap baik-baik. Kalau dengan cara itu, in shaa Allah dia mudah terima.

Dan.. orang perempuan sangat suka dipujuk bila dia merajuk!

#copypastejew


Thursday, 3 March 2016

Diri yang serba kekurangan......

Kadang2 aku cuba kawal kemarahan aku..bukan aku tak cuba..tapi orang tak nampak apa yang aku usaha..bila kita cuba cakap elok elok orang salah tafsir..bila kita cuba sampaikan sesuatu orang salah anggap..kadang2 rasa tak berani nak bekata2..sebab aku taw kata2 aku ni menyakitkan hati..ye aku taw aku suka marah,aku tak dengar kata,aku suka membrontak,aku suka moody ye semua tu aku..walau kita cuba nak berubah pon orang still anggap yang kita macam tu..ye memang salah aku..aku suka ikut kata hati..tak suka fikir panjang..hmm..ntah lah..ye tu semua kesilapan aku..dan aku tak layak nak di maafkan dan tak layak diberi ruang untuk aku berubah..

Apa yang aku cakap semua tak kena..apa aku cuba buat semua salah..habis aku nak buat apa..aku cuba nak happykan orang yang aku sayang..tapi mesti tersalah anggap dengan apa yang aku cuba buat..tak da niat langsung nak gaduh..tak da niat nak bagi orang lain down..takda niat nak sakitkan hati sesapa..tapi niat kita orang tak nampak..just keburukan diri je yang selalu di pandang..aku taw dulu aku macam mana,aku cuba nak berubah,aku cuba kawal perangai aku..tapi orang still anggap aku tak berubah..mungkin aku kena banyak berdiam,simpan and pendam semua kot..

Bila hati dah sayang macam macam yang jadi..rasa diri ni tak layak untuk di sayangi..apa yang kita buat hanya kemarahan untuk orang lain..semua salah aku..aku buat orang rasa down,aku buat orang serabut,aku buat orang sedih..aku tak layak nak hidup dengan orang yang aku sayang..aku kecewa dengan diri aku..

Aku cuba ubah perangai aku tapi bukan dengan sekelip mata..aku perlukan masa..tapi mungkin masa yang aku ambik terlalu lama dan orang pon dah penat dengan aku..aku minta maaf aku bukan yang terbaik..

Maaf apa yang tuliz ni bukan nak salah kan sesiapa..just kecewa dengan diri sendiri sebab tak mampu bahgiakan orang yang aku sayang..maaf......